Tuesday, March 3, 2009

UNGKAPAN KARYAWAN

"Warna merupakan kenyataan kehidupan, harmoni, perjuangan dan harapan. Dari aspek saintifik, penggunaan warna terang dan terserlah adalah terapi warna untuk penyembuhan fikiran dan mata"

AZLAN ADAM
PANCAINDERA
AHAD 8 FEBRUARI 2009

PROJEK PENGHASILAN KARYA


PENYEDIAAN PORTFOLIO DAN HASIL KARYA
Penghasilan karya mesti berpandukan disiplin pengkaryaan/perekaan
PENGKARYAAN / PEREKAAN
1.0 PORTFOLIO
  • Penentuan tema
  • Kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
  • Penulisan portfolio
  • Koleksi gambar / bahan bercetak
  • Lakaran kajian
  • Lakaran perkembangan idea
  • Lakaran pengolahan komposisi dan lakaran akhir
  • Kajian media dan teknik
  • Kajian warna pada lakaran terakhir
  • Gambar langkah-langkah proses penghasilan karya (kaedah fotografi)
  • Rujukan dan sumber maklumat
  • Lain-lain strategi yang sesuai

2.0 HASIL KARYA

  • Pengolahan dan gubahan
  • Penekanan kepada teknik
  • Langkah-langkah proses penghasilan mengikut disiplin bidang pengkaryaan atau perekaan
  • Prototaip / model - bidang perekaan sahaja
  • Kekemasan
  • Persembahan dan penilaian

Monday, March 2, 2009

PEREKAAN


PENGERTIAN SENI VISUAL DARI ASPEK PEREKAAN
  • Sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dengan mengutamakan fungsi dan nilai estetik
  • Contoh perekaan - komunikasi visual (grafik), reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran (lanskap dan hiasan dalaman), multimedia dan animasi

GRAFIK

  • Aktiviti yang melibatkan tipografi (seni menyusun huruf) dan visual dengan bertujuan sebagai alat komunikasi, penyampai maklumat, nasihat, pemujukan, propaganda dan sebagainya
  • Grafik merupakan gambaran analogik yang bukan bersifat fotogarfi 2D untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pemerhati, pengguna dan masyarakat
  • Contoh garfik - poster, logo, kulit buku, papan tanda, pembungkusan dan risalah

MULTIMEDIA

  • Secara ringkas multimedia membawa maksud gabungan pelbagai media
  • Terperinci pula, satu penghasilan yang dilakukan menggunakan teknologi komputer kepada komunikasi menggunakan video, audio, teks, grafik dan animasi
  • Contoh multimedia - multimedia linear, multimedia interaktif, laman web dan sebagainya

ANIMASI

  • satu imej pegun (statik) yang digerakkan menggunakan teknologi komputer dengan diolah warna, bentuk dan suara supaya kelihatan hidup kesan dari ilusi pergerakan
  • Contoh animasi - filem animasi 'Upin & Ipin', Toy Story, Final Fantasy dan sebagainya

LANSKAP

  • Kemahiran mengolah persekitaran berpandukan pengetahuan seni visual yang menggabungkan elemen alam semulajadi dan alam buatan manusia supaya persekitaran menarik dan berfungsi dengan sebaik mungkin kepada masyarakat serta mempunyai nilai-nilai estetik

HIASAN DALAMAN

  • Kemahiran mengolah ruang berdasarkan pengetahuan seni visual, menyesuaikan perabot, barang hiasan, peredaran udara dan cahaya supaya mewujudkan keadaan yang selesa
  • Memberi keutamaan dari segi fungsi dan nilai-nilai estetik

APREASIASI SENI VISUAL


PENGERTIAN SENI VISUAL




  • Ekspresi atau ciptaan yang mempunyai keindahan

  • Objek yang ada ciri-ciri kreatif yang dihasilkan oleh pengkarya

  • Objek 2D dan 3D yang berfungsi atau yang mempunyai makna dan nilai estetik


PENGERTIAN SENI VISUAL DARI ASPEK PENGKARYAAN

  • Sesuatu karya yang dihasilkan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti serta mengutamakan makna dan nilai estetik
  • Contoh : Lukisan, catan, arca dan cetakan

LUKISAN

  • Suatu karya yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering
  • Lukisan juga merupakan persediaan asas sebelum membuat catan, arca, cetakan dan lain-lain lagi
  • Penggunaan media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, dan sebagainya

CATAN

  • Satu proses melukis dan menggunakan bahan pewarna yang disapukan ke atas sesuatu permukaan
  • Melalui catan pelukis dapat meluahkan perasaan, kepekaan dengan apa yang berlaku dan dipaparkan di atas satu permukaan seperti di atas kertas atau kanvas
  • Catan juga merupakan medium untuk membuat komen sosial, menghayati keindahan, merakam persekitaran atau peristiwa yang dipersembahkan melalui kreativiti seseorang pengkarya
  • Pengalaman dan kemahiran pengkarya dengan gaya tertentu menggunakan alat dan media yang sesuai
  • Media yang biasa digunakan adalah bahan basah seperti cat minyak, cat air, akrilik dan mixed media

ARCA

  • Arca merupakan satu objek 3D yang mempunyai jisim / isipadu yang mungkin dapat memenuhi konsep masa, tempat dan ruang
  • Jenis arca yang terdapat seperti arca luakan, arca binaan, arca instalasi, arca asemblej, arca mobil, arca stabail, arca timbulan dan arca lembut

CETAKAN

  • Penghasilan karya seni yang berasaskan cetakan adalah proses yang melibatkan terapan blok ke atas permukaan yang dilakukan berulang kali
  • Penghasilan ulangan cetakan disebut sebagai edisi dan dikira sebagai karya asli
  • Contoh cetakan - cetakan timbulan (relief), sutera saring,benaman (intaglio), stensil dan litografi