PENGERTIAN SENI VISUAL DARI ASPEK PEREKAAN
- Sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dengan mengutamakan fungsi dan nilai estetik
- Contoh perekaan - komunikasi visual (grafik), reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran (lanskap dan hiasan dalaman), multimedia dan animasi
GRAFIK
- Aktiviti yang melibatkan tipografi (seni menyusun huruf) dan visual dengan bertujuan sebagai alat komunikasi, penyampai maklumat, nasihat, pemujukan, propaganda dan sebagainya
- Grafik merupakan gambaran analogik yang bukan bersifat fotogarfi 2D untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pemerhati, pengguna dan masyarakat
- Contoh garfik - poster, logo, kulit buku, papan tanda, pembungkusan dan risalah
MULTIMEDIA
- Secara ringkas multimedia membawa maksud gabungan pelbagai media
- Terperinci pula, satu penghasilan yang dilakukan menggunakan teknologi komputer kepada komunikasi menggunakan video, audio, teks, grafik dan animasi
- Contoh multimedia - multimedia linear, multimedia interaktif, laman web dan sebagainya
ANIMASI
- satu imej pegun (statik) yang digerakkan menggunakan teknologi komputer dengan diolah warna, bentuk dan suara supaya kelihatan hidup kesan dari ilusi pergerakan
- Contoh animasi - filem animasi 'Upin & Ipin', Toy Story, Final Fantasy dan sebagainya
LANSKAP
- Kemahiran mengolah persekitaran berpandukan pengetahuan seni visual yang menggabungkan elemen alam semulajadi dan alam buatan manusia supaya persekitaran menarik dan berfungsi dengan sebaik mungkin kepada masyarakat serta mempunyai nilai-nilai estetik
HIASAN DALAMAN
- Kemahiran mengolah ruang berdasarkan pengetahuan seni visual, menyesuaikan perabot, barang hiasan, peredaran udara dan cahaya supaya mewujudkan keadaan yang selesa
- Memberi keutamaan dari segi fungsi dan nilai-nilai estetik